Pemberontakan
Oleh Colin Sparks
Diterjemahkan oleh Muhammad Salleh (2001)
Dari risalah Apakah yang kita maksudkah oleh revolusi? yang diterbitkan oleh Socialist Worker
Diterbitkan buat kali pertama pada bulan November 1996
Dicetak semula pada tahun 1997; cetakan kedua pada tahun 1999
Hak cipta Socialist Worker
‘Tambak jalan raya’ merupakan sebahagian daripada mitos kita. Pendapat umum ahli-ahli sayap kiri yang belum bersedia menjadi ahli Parti Pekerja Sosialis di Britain adalah bahawa mereka akan “berada di sebelah tambah yang betul.” Tambak jalan rasa sememangnya merupakan simbol sosialisme revolusioner yang bersejarah: keperluan pemberontakan bersenjata jika kelas pekerja ingin merampas kuasa dari para pengeksploitasi. Penganut idealogi sosialisme yang pertama sekali mengutarakan idea ini adalah ahli revolusi Perancis, iaitu Auguste Blanqui, pada tahun 1830-an. Dialah yang menghasilkan peraturan-peraturan pertama mengenai pemberontakan dan mengatur gerakan pemberontak yang pertama. Bagi usaha-usaha itu, dia dipenjarakan selama 33 tahun daripada 76 tahun hidupnya dalam 30 penjara yang berlainan.
Tambak-tambak bagi Blanqui bukannya sesuatu yang ajaib; ianya merupakan balasan yang praktikal bagi keperluan mengatur aspek ketenteraan sesebuah pemberontakan. Pada bulan Mei 1839, ‘Gerakan Bagi Musim-Musim’ dia melancarkan pemberontakan yang akhirnya gagal di Paris. Blanqui merancangkan aspek ketenteraan pemberontakan itu dengan terperinci. Di jalan-jalan sempit di bahagian Paris lama, tambak-tambak merupakan cara yang baik untuk mempertahankan diri daripada pihak tentera biasa. Ianya juga menjadi senjata yang baik pada tahun 1848, apabila orang ramai bangkit untuk menumbangkan pemerintahan beraja Louis Phillipe. Kelas pemerintah sememangnya menakutinya; revolusi balasan Raja Napoleon III membina semula pusat Paris dengan jalan-jalan yang lebih luas untuk menjadikan tambak-tambak sebuah senjata yang tidak begitu berkesan.
Tetapi tambak-tambak merupakan senjata perjuangan yang sesuai bagi tahap-tahap teknik ketenteraan yang tertentu. Perkembangan perihal ketenteraan moden telah mengakibatkan tambak-tambak dijatuhkan dalam kepentingannya dalam perjuangan bersenjata. Inti sebenar perjumpaan Blanqui merupakan sesuatu yang bebas daripada bentuk ketenteraan. Apa yang dia menyedari adalah bahawa rampasan kuasa merupakan persoalan ketenteraan. Agar kelas baru dapat memerintah, aparatus bersenjata sususan lama mesti dimusnahkan secara menyeluruh. Satu-satunya cara untuk mencapai matlamat ini adalah untuk membina kuasa ketenteraan yang lebih kuat, dan ini melibatkan persediaan ketenteraan: penyejataan dan pelatihan tentera revolusioner yang dapat menentang musuh-musuh kapitalis.
Sebahagian besar daripada usaha membasmi tentera merupakan usaha politik – iaitu pembasmian hierarki tentera dan rayuan kepada askar-askar biasa untuk mencari harapan sama dengan saudara kelas mereka. Namun demikian, dalam mana-mana pihak tentera, terdapatnya unit-unit elit yang tidak dapat dipengaruhi, dan mereka terpaksa dikalahkan. Dan pembasmian unit-unit biasa juga memerlukan kekerasan.
Rahsia mana-mana pihak tentera adalah bahawa ia lebih merbahaya untuk mengingkari arahan daripada untuk mengikuti arahan. Sebab mengapa askar-askar mengikuti arahan walaupun berhadapan dengan kematian seperti di pertempuran Somme semasa Perang Dunia Pertama adalah kerana terdapatnya peluang untuk terus hidup. Untuk mengingkari arahan apabila berhadapan dengan musuh sudah tentu membawah kematian di tangan polis tentera anda sendiri. Revolusi kita mesti meyakinkan askar-askar bahawa ianya lebih merbahaya untuk menentanginya daripada mengingkari arahan pegawai-pegawai tentera. Ini bermakna menembak pegawai-pegawai yang memberi arahan untuk menembak para pekerja.
Ini semua difahami oleh Blanqui. Dia mengambil serius perkara ini, dan bersedia untuk mencapai matlamat ini. Malangnya, kehidupannya ditandai oleh kegagalan berwira, disimpulkan dengan baik oleh peristiwa-peristiwa pada akhir hayatnya.
Pada 31hb Oktober 1870, aksi demontrasi yang dianjurkan dengan tiba-tiba oleh para pekerja menyeru Blanqui untuk membentukkan kerajaan baru. Dia menerima seruan tersebut, tetapi tidak mempunyai kuasa untuk berbuat apa-apa, dan pemberontakan itu akhirnya gagal. Dia kembali bersembunyi, tetapi pertubuhannya sudah berpecah-belai. Suratkhabarnya terpaksa bergulung tikar kerana tidak mempunyai dana yang mencukupi. Pada 21hb Januari 1871, ahli-ahli parti dia mencuba sekali lagi, tetapi Blanqui enggan mengikuti mereka. Mereka gagal, dan Blanqui terpaksa meninggalkan Paris, dan akhirnya ditahan polis pada 17hb Mac. Pada 18hb Mac, kelas pekerja di Paris bangkit dan mewujudkan Komun. Blanqui, seorang banduan pihak penentang kemajuan, tidak dapat mengambil bahagian dalam eksperimen kuasa pekerja yang pertama itu.
Apa yang tidak disedari Blanqui adalah peranan penting orang ramai dalam revolusi. Dia memahami aspek ketenteraan dalam pemberontakan, tetapi tidak menangkap dimensi politiknya. Dalam karya bertajuk Sejarah Revolusi Rusia, Leon Trotsky membuat ulasan berikut mengenai Blanqui:
Pemberontakan merupakan sebuah seni, dan seperti semua jenis seni, ia mempunyai syarat-syarat. Syarat-syarat Blanqui adalah tuntuan realisme revolusi ketenteraan. Kesilapan Blanqui bukannya terletak dalam teorem secara langsung dia tetapi dalam teorem tertunggang dia. Dari fakta bahawa kelemahan taktik mengakibatkan kegagalan revolusi, Blanqui berpendapat bahawa kejayaan dapat dipastikan dengan mengikuti syarat-syarat taktik pemberontakan semata-mata. Sebuah minoriti proletariat yang aktif, walaupun bersedia, tidak dapat merampas kuasa, walau apapun keadaan negara itu.
Dari segi ini, sejarah telah menghukum Blanqui. Tetapi hanya dari segi ini. Teorem-teorem lain dia masih mempunyai kuasa yang mantap. Untuk merampas kuasa, proletariat memerlukan sesuatu yang lebih daripada pemberontakan secara tiba-tiba. Ia memerlukan pertubuhan yang sesuai, ia memerlukan rancangan, dan ia memerlukan pengkomplotan. Inilah pandangan idealogi Leninis bagi persoalan tersebut:
Pemberontakan terhadap susunan lama merupakan usaha yang begitu sukar sehingga ia hanya dapat berjaya dalam keadaan-keadaan yang tertentu. Dalam huraian klasik Lenin, susunan lama mesti sampai ke tahap di mana ia tidak lagi dapat memerintah, orang ramai mesti menuntut susunan baru, dan parti revolusioner mesti berkemampuan untuk memimpin orang ramai. Keadaan-keadaan sebegitu hanya berlaku secara jarang dalam sejarah. Tetapi ia sememangnya berlaku.
Ia merupakan tugas parti revolusioner untuk bersedia untuk masa-masa tersebut. Demi kejayaan, parti revolusioner perlu terbenam dalam kehidupan orang ramai. Orang ramai perlu merangkul pelajaran dari pengalaman lama untuk memercayai parti dalam perjuangan. Idea sosialime perlu terbenam dalam minda orang ramai. Orang ramai sendiri perlu bersedia untuk memperjuangan kemerdekaan mereka. Tetapi, pemberontakan masih perlu dirancanga sebagai operasi teknikal.
Kerana sebab terakhir ini, kami masih mempertahankan ‘tambak-tambak’ itu dan terus merangkul pelajaran dari Blanqui. Menentang pengkritik reformasi, dia memahami kebenaran yang besar dan kebenaran revolusi. Ia bukannya merupakan satu-satunya pelajaran politik revolusioner, tetapi ia merupakan pelajaran yang penting. Mereka yang mengutuk ‘Blanquisme,’ ‘putschisme’ dan ‘pemberontakanisme’ tidak menunjukkan jalan yang lebih baik bagi sosialisme. Mereka menyerang kelemahan dan keburukan seorang tokoh revolusi yang penting untuk memunasabahkan keengganan mereka untuk memahami cara-cara bagaimana kelas pekerja dapat merampas kuasa. Jalan mereka menuju kegagalan dan kekalahan.



0 Comments:
Post a Comment
Subscribe to Post Comments [Atom]
Links to this post:
Create a Link
<< Home