“Fundamentalisme Amerika Syarikat telah mewujudkan keduka-citaan”
Tariq Ali adalah seorang sosialis, dan penyokong kempen anti-imperialis dan anti-peperangan. Dia telah menulis buku baru, The Clash of Fundamentalisms. Tariq berbincang dengan Kevin Ovenden dan Talat Ahmed mengenai beberapa isu yang diutarakan oleh buku tersebut.
Penjelasan utama dalam media massa bagi 11hb September adalah bahawa ia merupakan hasil daripada fundamentalisme tidak waras. Bagaimanakah anda menjawab tuduhan ini?
Orang yang menyerang Amerika Syarikat merupakan orang yang ia [Amerika Syarikat] telah melatih sendiri. Al-Qaida merupakan sebuah kumpulan yang telah berjuang untuk mereka dan dengan mereka di Afghanistan, dan bukan sahaja di Afghanistan. Kita kini mempunyai maklumat yang dilepaskan oleh kerajaan Belanda bahawa Al-Qaida telah berjuang bahu ke bahu dengan Amerika Syarikat di Bosnia. Al-Qaida merupakan orang yang Amerika Syarikat telah menggunakan secara sistematik untuk memperjuangkan peperangan-peperangannya dan beberapa jihad. Apabila orang ini akhirnya dibiarkan oleh Amerika Syarikat, mereka berpaling dan menentang Amerika Syarikat. Al-Qaida kemudiannya menggunakan pergolakan mendalam di Arab Saudi dan Mesir terhadap rejim-rejim tersebut untuk memenangi sokongan. Sebahagian besar daripada kader-kader mereka datangnya dari Arab Saudi dan Mesir, bukannya Afghanistan.
Ramai pengulas serius di Amerika Syarikat telah memberi amaran kepada Amerika Syarikat mengenai ini. Chalmers Johnson telah memberi amaran setahun sebelum 11hb September bahawa, oleh kerana apa yang Amerika Syarikat sedang melakukan di dunia, seseorang sudah pasti akan menyerang Amerika Syarikat. Namun, buku dia telah diserang dan dikutuk dalam media massa Amerika. Dia berada di hati badan perisikan Amerika dan pertubuhan ilmiawan. Ini bukannya sesuatu yang hanya dikatakan oleh sayap kiri.
Amerika Syarikat telah diserang oleh orang yang ia telah bekerjasama dengan untuk menentang sayap kiri, menentang Komunisme, menentang nasionalisme sekular, menentang apa-apa penyelesaian radikal di dunia Islam. Untuk mengatakan ini bukanlah sama dengan memunasabahkan apa yang berlaku, tetapi untuk mencuba memahaminya. Segala bukti yang kita mempunyai menunjukkan bahawa Amerika Syarikat sekali lagi sedang membuat kesilapan-kesilapan yang sama. Mereka telah membunuh 4,000 orang yang tidak bersalah di Afghanistan dan masalah itu belaum lagi diselesaikan bagi mereka.
Mereka telah menggolakkan Pakistan dengan memberikan pihak fundamentalis dalam angkatan tentera kedudukan kuat yang dapat digunakan untuk melemahkan Musharraf apabila senjata dan duit Amerika Syarikat tidak lagi mengalir, yang sudah pasti akan berlaku. Sambil fundamentalisme adalah sangat emah di Pakistan secara menyeluruh, ia adalah sangat kuat dalam peralatan kerajaan kerana ia diciptakan oleh peralatan kerajaan itu sendiri. Ini merupakan sesuatu yang akan meletup dalam beberapa tahun akan datang. Amerika Syarikat telah menggolakkan seluruh benua kecil itu. Rejim India merupakan kerajaan fundamentalis Hindu melampau, yang tidak disukai oleh dunia Barat. Rejim itu berkata, jika Amerika Syarikat dapat membunuh orang dan mengebom negara-negara untuk menghalang keganasan, maka kita dapat melakukannya juga.
Itulah logik yang diwujudkan oleh imperialisme. Kini, Amerika Syarikat akan melakukan salah satu kesilapan paling besar, kesilapan yang mereka akan membayar harga yang tinggi sekarang atau kemudian – itu merupakan serangan ke atas Iraq. Apa yang mereka sedang merancang untuk melakukan adalah untuk merampas kawasan-kawasan Kurd di Iraq, mendirikan sebuah negara terkawal, membatasi terigi-terigi minyak daripada Saddam Hussein dan biarpun dia mengalami kebuluran. Mereka akan mencuri minyak di Iraq dan menjadikan Iraq seperti kawasan Balkan. Mereka tidak peduli apa yang berlaku. Mereka tidak akan membiarkan rakyat Iraq memilih kerajaan mereka sendiri. Mereka tidak pun mengatakan bahawa ia mempunyai apa-apa kaitan dengan keperimanusiaan mahupun demokrasi.
Anda pernah menggunakan ungkapan “fundamentalisme Amerika Syarikat adalah ibu segala fundamentalisme.” Apakah yang dimaksudkan anda?
Pada masa saya mengatakan itu, saya memaksudkannya secara politik, ketenteraan dan ekonomi. Perihal ekonomi kita tidak patut melupakan. Alam neo-liberal yang telah diciptakan oleh Empayar Amerika dan model Anglo-Saxon yang telah dipaksa ke dalam kerongkong sebahagian besar adripada dunia telah mewujudkan keduka-citaan pada skala besar-besaran. Orang akan bertindak dengan cara yang berbeza. Sebahagian orang akan menuju ke arah agama. Sebahagian lain, yang berpendapat bahawa parti-parti tengah tidak mampu menangani masalah-masalah, akan menuju ke arah sayap kanan, seperti yang kita telah melihat di Perancis. Seseorang tidak patut melihat pemutaran ke sayap kanan di Perancis sebagai berhubungan sepenuhnya dengan kemusuhan terhadap rakyat Arab dan pendatang asing. Sebahagiannya adalah itu, tetapi itu juga disebabkan oleh krisis ekonomi.
Orang akan menghukum rejim-rejim mereka dengan cara-cara yang berlainan. Semakin awal kesatuan-kesatuan pekerja dan pertubuhan-pertubuhan demokrasi sosial menyedar ini, semakin baik. Tetapi jauh daripada menyedarinya, terdapat orang yang menyokongnya. Peter Hain [dalam kerajaan Parti Buruh di Britain] kini mengatakan bahawa masalah sebenarnya adalah pendatang asing yang memohon perlindungan. Dia dan kerajaannya sedang menolak masuk polisi-polisi neo-liberal setiap hari. Orang sedang dibunuh akibatnya di Britain, misalnya dengan kemalangan keretapi. Lebih daripada 80 peratus daripada penduduk Britain menginginkan rangkaian keretapi dibawa kembali kepada permilikan awam. Kerajaan ini [Parti Buruh] tidak akan melakukkanya. Kemudian Hain, orang remeh-temeh ini, mempunyai keberanian untuk berdiri dan berkata bahawa kita perlu menghalang kemasukan pemohon perlindungan. Strategi orang seperti dia sentiasa adalah untuk menyalahkan mangsa. Itu biasanya merupakan strategi sayap kanan melampau dan pihak pemerintahan mutlak. Kini Blunkett dan Hain sedang menggunakan cogan kata seperti itu. Secara swasta, mereka mengatakan bahawa mereka sedang melakukan ini untuk mengambil semula sokongan dari sayap kanan. Tetapi jika anda melakukan itu dengan menjadi sayap kanan sendiri, maka siapakah yang memerlukan sayap kanan melampau lagi?
Terdapat orang yang mengatakan bahawa kaum Islam sangat bersifat konservatif fan tidak ingin bercampur dengan masyarakat Britain.
Orang seperti itu tidak pernah berucap mengenai fundamentalisme Kristian atau konservatisme. Di Amerika Syarikat, seorang Kristian lahir semula adalah Presiden. Peguam Umum Amerika Syarikat, Ashcroft, mengikuti mesyuarat sembahyang setiap pagi, dan dia menulis zikir yang dia kadang-kala menyanyi kepada pekerja-pekerja di Jabatan Keadilan yang keliru! Tony Blair merupakan seorang Kristian melampau. Dia sedang mencadangkan sekolah-sekolah satu agama diperkenalkan ke dalam masyarakat Britain. Hain mengatakan bahawa masalahnya adalah Islam. Saya berpendapat bahawa masalahnya adalah kerajaan sendiri. Mengapakah Hain tidak menyerang Blair kerana mengatakan bahawa sekolah-sekolah satu agama adalah idea yang baik?
Salah satu perkara yang diutarakan dalam buku anda adalah pemahaman mengenai mengapa orang berpaling kepada Islamisme. Adakah anda berpendapat bahawa kuasa-kuasa sosial yang berbeza dapat diluahkan melalui idea-idea agama?
Ya. Ini telah berlaku secara bersejarah selama 500 tahun yang lalu. Dalam Revolusi Inggeris, buku-buku dan kitab-kitab suci merupakan cara yang kuasa-kuasa sosial meluahkan dirinya. Apabila terdapat kuasa-kuasa sosial, gerakan-gerakan dan alienasi, maka orang akan menuju ke tempat di mana mereka mendapat perluahan. Apabila anda mempunyai negara-negara di mana semua kegiatan politik diharamkan, di mana sayap kiri telah dimusnahkan, dan di mana apa-apa pemikiran sekular tidak dibenarkan, dan di mana pintu yang terbuka hanyalah pintu-pintu kepada masjid, maka ia tidak menghairankanlah bahawa mullah-mullah biasanya menguasai segala perbincangan.
Dalam pendapat anda, bagaimanakah sayap kiri patut berhubung dengan ini?
Satu-satunya cara yang sayap kiri dapat berhubung dengan ini adalah untuk dilihat sebagai bersifat anti-imperialis kukuh. Anda tidak dapat bermaju – malah anda tidak dapat membuka dialog pada apa-apa isu yang lain – kecuali jika penganut Islam muda sedar bahawa anda merupakan anti-imperialis. Saya telah menjumpai ini secara peribadi. Berucap di merata-rata dunia, pemuda-pemudi datang ke perhimpunan-perhimpunan saya – mereka berbincang dengan saya, mereka berdebat dengan saya. Mereka ingin berbincang kerana mereka sedar yang saya menentang imperialisme dan apa yang diwakili olehnya. Idea bahawa satu-satunya masa depan bagi dunia terletak di Barat dan satu-satunya projek pembebasan adalah Amerika Syarikat sama sekali tidak mempunyai pengaruh di kalangan pemuda-pemudi ini, dan dengan sebab yang baik. Mereka dapat melihatnya sebagai tipu-helah.
Amerika Syarikat telah mengeklankan rejim-rejim yang paling reaksioner di dunia Arab selama beberapa tahun. Arab Saudi telah dikekalkan oleh mereka sejak tahun 1940-an – selama 60 tahun, mereka telah mengekalkan satu keluarga dalam kuasa di Arab Saudi. Seseorang perlulah berterus-terang, sangat tajam berkenaan dengan imperialisme – kemudian kita membuka perdebatan dengan mereka. Kepada pemuda-pemudi Islam yang mengikuti demonstrasi-demonstrasi anti-peperangan, kita perlulah berterus-terang, dan mengatakan bahawa kita tidak bersetuju dengan mereka sama sekali berkenaan dengan agama.
Tidak terdapatnya satu pun agama yang menawarkan peneyelesaian kepada krisis yang diwujudkan oleh jentera kapitalis global. Sebenarnya, agama menandakan pengunduran daripada dunia yang wujud. Tetapi kami sangat gembira untuk berarak dengan anda menentang peperangan yang dimulakan oleh Empayar Amerika. Sayap kiri perlu mendedahkan dirinya dan memenangi orang kepada idea-ideanya. Anda tidak dapat melakukan itu dari tepi, atau dengan menulis rencana-rencana dalam akhbar Guardian dan Observer [akhbar-akhbar di Britain]. Ini meruakan generasi yang sangat terpulau, yang membesar di sini dan di luar negara. Saya melihat ini di merata-rata. Mereka berpendapat bahawa sayap kiri tidak membantu mereka pada masa yang lalu. Kita perlu mengatakan kepada mereka bahawa kita sangat menentang apa yang dunia Barat ingin melakukan kepada kawasan itu dan kita akan berjuang menentangnya.
Itu kemudiannya membolehkan pembinaan jambatan, dan orang perlu menaiki jambatan itu, dan berbincang dan berdebat. Anda perlu mendidik pemuda-pemudi Islam untuk berfikir dengan cara yang terbuka. Misalnya, seluruh Amerika Latin adalah ditindas. Perkara terbaru yang Amerika Syarikat melakukan adalah untuk mencuba menumbangkan rejim Chavez di Venezuela, kerana ia bukannya rejim pro-Amerika Syarikat walaupun ia dilantik secara demokratik. Lebih penting lagi, seseorang perlu mencuba untuk meyakinkan pemuda-pemudi Islam bahawa anda hanya dapat mengalahkan Empayar Amerika secara ideologi jika idea-idea yang anda mengutarakan adalah lebih mantap daripada idea-idea yang wujud di Amerika Syarikat. Itu tidak dapat dibekalkan oleh fundamentalisme agama – biarpun Islam, Yahudi atau Kristian.
Tragedi benar adalah bahawa ramai penyokong fundamentalis Islam muda dan tua tidak mempunyai pemahaman mengenai sejarah agama mereka sendiri. Mereka tidak menyedari bahawa terdapat sejarah yang kaya dengan perselisihan dan bidaah, dan bahawa ini dahulunya selalu diperdebatkan. Saya mengatakan dengan terbuka bahawa saya merupakan seorang atheis, seorang materialis dan tidak pernah percaya akan tuhan. Ia adalah penting untuk bersifat terbuka. Saya mengingati sepuluh sahabat terbaik saya semasa saya sedang membesar di Pakistan, dan tidak satu pun daripada mereka berkeagamaan dan mereka datangnya dari setiap kelas sosial. Terdapat berjuta-juta orang sekular di dunia Islam yang tidak mengutarakan suara mereka, tetapi secara peribadi bersetuju dengan pelbagai benda yang kita mengatakan.



0 Comments:
Post a Comment
Subscribe to Post Comments [Atom]
Links to this post:
Create a Link
<< Home